Monday 30 July 2018

MENTERI DAP IBARAT 'KADUK NAIK JUNJUNG'



“Kebanyakan orang telah lupa, orang Hindu mula jejak negara ini 2,500 tahun dulu. Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, kesemua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama yang ditemui di sana.

“Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang. Kita dan Melayu adalah setaraf. Ini tanah air kita,” ini antara yang disebut oleh Naib Pengerusi DAP Yb M. Kula Segaran dalam video yang tular di media sosial tempoh hari

Jelas ia satu kenyataan biadap yang ekstrim dan bersifat mempertikaikan kedudukan sebenar orang-orang Melayu di Malaysia.

Walaupun beliau sudah menyatakan pemohonan maaf di media hari ini, ia tetap tidak dapat meredakan kemarahan rakyat bukan sahaja orang-orang Melayu malah kaum lain turut mengecam tindakan biadap Menteri DAP itu. Apakah dengan minta maaf sudah cukup? Ibarat seperti luka, walaupun ianya sembuh tapi parut tetap ada.

Laporan Polis serentak seluruh negara sudah pun dibuat oleh rakan-rakan kami daripada Pemuda UMNO agar perkara ini disiasat oleh pihak berkuasa. Kami mahu tindakan tegas diambil dibawah Akta Hasutan agar keharmonian kaum yang telah dibina selama ini tidak musnah begitu sahaja. Apakah ketika kerajaan PH memeritah mereka boleh melakukan apa sahaja?

Puteri UMNO juga mendesak YB M Kula Segaran melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri kerana rakyat tidak mahu seorang pemimpin yang mencetuskan ketegangan dengan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

ZAHIDA ZARIK KHAN
(Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia)
30 Julai 2018

No comments:

Post a Comment