Wednesday 18 July 2018

PATAH BALIK KEPADA SST: APA JAMINAN UNTUK ORANG MUDA?



Daripada Blog: zahidazarikkhan.blogspot.com
(Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia)


"Harga barang harian dijangka naik jika SST dilaksanakan" kata Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA).  "Harga barang turun dengan SST" kata Menteri Kewangan.

1. Dua konotasi kontradik. Di peringkat pemerhati ekonomi, pelaksanaan (Sales and Services Tax) SST 10% dilihat akan meningkatkan harga kereta dan harga barangan dengan lebihan 4% berbanding (Goods and Services Tax) GST 6%. Manakala dari sudut pandang Kerajaan, SST akan menurunkan harga barang. Jadi, kenyataan mana satu yang mahu diterima pakai?

2. Sebagai orang muda, kelengkapan seperti rumah, kenderaan dan pekerjaan menjadi paksi kehidupan. Sekiranya SST dilaksanakan, adakah ia menjadi khabar gembira bagi orang muda di zaman kos hidup yang semakin meningkat?

3. Mereka (Pakatan Harapan) mengumumkan kadar GST kepada 0%, selepas mengambil alih kerajaan pada Mei yang lepas. Namun ia masih gagal untuk menurunkan harga barang seperti dijanjikan malah ada pula yang meningkat. Jadi apabila dikembalikan sistem cukai lama SST 10%, kami mahukan jaminan yang jelas daripada pihak kerajaan. Adakah harga barang pasti akan turun? Adakah SST dikenakan bagi semua barangan? Jika SST bersifat selektif, apakah barang-barang yang bakal dikecualikan cukainya?

4. Di saat gaji mininum RM1500 belum dilaksana, PTPTN masih lagi perlu dibayar, Tol masih belum dimansuhkan, tanggungan orang muda kian bertambah. Pihak kerajaan 'Malaysia Baharu' sepatutnya memberikan jalan penyelesaian bukan sekadar umum peratusan cukai yang akan dikutip daripada rakyat.

5. Sistem percukaikan SST 10% dikenakan di satu peringkat iaitu kepada pengeluar dan akan menyumbang hanya RM21 bilion berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan. Jelas hasil kutipan kepada Kerajaan pasti akan berkurangan berbanding RM44 bilion hasil kerajaan melaui GST pada 2017 dan RM41 bilion pada 2016. Risiko kehilangan pendapatan akibat 'ketirisan' daripada pengusaha 'lari cukai' juga sangat tinggi.

6. Dengan kutipan yang rendah ini, bagaimana Kerajaan mampu memberikan faedah atau pulangan balik kepada rakyat? Adakah gaji akan dinaikkan atau mungkin akan wujud bantuan-bantuan rakyat sebagaimana Kerajaan terdahulu seperti BR1M, Bantuan Nelayan, Baucar Buku, Bantuan Awal persekolahan dan banyak lagi.


7. Di saat tempoh 'bulan madu 100 hari' hampir tamat, kami mendesak agar Kerajaan Pakatan Harapan menunaikan semua janji-janji di dalam Manifesto ketika PRU14 yang lalu. Jangan menggunakan alasan  'Manifesto bukan Kitab Suci' untuk lari dan tidak menunaikan janji-janji kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment