Thursday 26 July 2018

HARAPAN PALSU, JANGAN JADIKAN ORANG MUDA TIKUS MAKMAL



Daripada Blog: zahidazarikkhan.blogspot.com
(Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia)


1. Hari ini sudah masuk hari ke-74 kerajaan Pakatan Harapan. Kami menilai satu demi satu janji Buku Harapan kepada rakyat terutamanya golongan muda. Antara yang menjadi perhatian, isu PTPTN.

2. Memang seronok golongan muda mendengar janji berkempen PH yang menangguhkan bayaran balik sehingga gaji bulanan mencecah RM4000. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Menteri sejurus selepas beliau dilantik mengetuai Kementerian Pendidikan.  Isu inilah yang menjadi 'turning point' golongan muda untuk memilih Kerajaan Malaysia yang baharu.

3. Tetapi nada berbeza pula selepas membentuk Kerajaan. Menurut Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, menyatakan bahawa kajian masih lagi dilaksanakan bahawa kemungkinan besar janji ini tidak dapat dilaksanakan. Lebih teruk lagi tiada data spesifik dikeluarkan dan ini menunjukkan  kelemahan pertama pihak kerajaan secara teknikal dari segi kutipan, kerajaan kerugian RM155 juta sehingga Mei 2018 berbanding kutipan RM400 juta berakhir 2017 ketika pentadbiran Barisan Nasional.

4. Lebih menyedihkan apabila Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Ning Ching mendedahkan seramai 429, 945 orang peminjam akan disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen akibat kegagalan membayar balik pinjaman. Bagi golongan muda yang 'baru belajar untuk hidup', perkara ini semestinya membebankan. Mereka memilih Kerajaan baharu dengan harapan kehidupan mereka akan menjadi lebih selesa dan bertambah baik. Tetapi rupanya, mereka umpama 'tikus makmal' yang digunakan sebagai alat ujikaji Kerajaan Pakatan Harapan.

5. Mesej kami kepada Putrajaya, cukup-cukuplah mempermainkan rakyat. Golongan muda ini bukan pengundi yang boleh 'dijual-beli'. Bila berjanji, janji mesti ditepati. Kegagalan menunaikan janji adalah wajah sebenar kerajaan PH setelah dicabut topengnya Jangan cuba lari dengan guna alasan 'Manifesto bukan Kitab suci'.

No comments:

Post a Comment