BISMILLAHIRAH MANIRRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh
1.
Pertama
sekali, Kak Ida ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan selamat
datang dan jutaan terima kasih kepada semua para perwakilan PUTERI yang hadir
pada hari yang bersejarah ini.
2.
Di
kesempatan ini juga, Kak Ida ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Naib Ketua PUTERI, barisan Exco dan semua kepimpinan di Bahagian yang baru
sahaja menang pada pemilihan yang lepas.
3.
Pertemuan
kita pada hari ini merupakan satu pertemuan yang amat berbeza dari tahun-tahun
yang sebelumnya. Kerana inilah pertama kali, kita berkumpul bukan lagi sebagai
parti yang berkuasa, tetapi sebagai pembangkang, yang tidak lagi memegang
tampuk pemerintahan negara ini.
Para Perwakilan
yang saya hormati,
4.
Sejak
Merdeka, inilah kali pertama kita hilang kuasa. Memang pahit untuk ditelan.
Namun inilah realiti yang harus kita hadapi.
5.
Secara
peribadi, pertemuan ini juga sangat bersejarah bagi Kak Ida, kerana inilah
pertama kali Kak Ida diamanahkan dengan tanggungjawab sebagai Ketua Pergerakan PUTERI
UMNO Malaysia.
6.
Bagi
Kak Ida, ini adalah cabaran baru dalam kehidupan Kak Ida untuk memimpin sebuah
pergerakan yang sebegini penting. Lebih-lebih lagi ia berlaku di saat yang getir
ini.
7.
Pengalaman
ini tak pernah dirasai oleh sesiapa pun sebelum ini, dan Kak Ida tidak dapat belajar
dari mana-mana Ketua PUTERI terdahulu.
8.
Pengalaman
baru ini adalah pengalaman kita bersama. Termasuk yang terpaksa memikul tanggungjawab
perjuangan ini di semua peringkat, Bahagian dan Cawangan. Pahit manis, mari
kita harungi bersama. Mari kita bina kekuatan baru, kerana apa pun yang kita
usahakan, apa pun yang kita harungi, akan menjadi kenangan manis untuk kita
tinggalkan buat generasi akan datang.
9.
Kekalahan
Barisan Nasional dan UMNO pada pilihanraya ke-14 baru-baru ini membuka lembaran
baru dalam sejarah perjuangan UMNO. Ia merupakan satu pengalaman yang mengajar
kita nilai kerendahan diri, nilai keinsafan dan menuntut kita bermuhasabah, di
manakah silap kita sebelum ini.
10.
Ia
juga mendidik diri kita untuk mengakui bahawa kuasa yang ada, tidak kekal
selama-lamanya.
11.
Seperti
juga kehidupan kita, kuasa adalah sementara. Ia adalah pinjaman yang diberikan
Allah swt. Baik apa yang diberikanNya kepada kita, atau, yang diberikan kepada
orang lain. Ia boleh ditarik pada bila-bila masa sekiranya Allah mengkehendakinya.
Termasuk mereka yang memerintah hari ini.
12.
Kalau
hari ini kita hilang kuasa, Kak Ida percaya, tidak mustahil, dengan izin Allah
swt juga, satu masa nanti, kuasa yang hilang itu akan dapat diperolehi kembali.
13.
Paling
penting, kita mesti jujur dalam meneruskan perjalanan ini. Ikhlas dalam
perjuangan kita. Agar, sekiranya ditakdirkan, kita diberikan lagi kuasa itu,
bukanlah masa untuk kita mendabik dada, sombong dan berbuat sesuatu yang
menimbulkan kemarahan rakyat di masa depan.
Sahabat
seperjuangan yang Kak Ida kasihi sekalian,
14.
Mari
kita tanamkan dalam diri, untuk tidak mengulangi kesilapan yang pernah
dilakukan sebelum ini. Sepertimana yang telah digariskan oleh Timbalan Presiden
dalam ucapannya semalam dalam menghadapi cabaran semasa.
15.
Pengalaman
ini juga merupakan satu petunjuk untuk membezakan di kalangan kita, antara ‘PEJUANG SEJATI’ DAN ‘PEJUANG
JADIAN’. ‘Pejuang sejati’ ialah yang kekal dalam apa jua keadaan. ‘Pejuang jadian’ hanya muncul di kala senang
dan menang, tetapi, lari ketika susah dan kalah.
16.
Kita
saksikan juga golongan PELOMBONG POLITIK.
Iaitu orang yang hanya berpolitik sekiranya dapat meraih faedah peribadi
seberapa banyak yang boleh. Bahkan ketika ini, kita juga dapat melihat mereka
yang mendapat kedudukan dari UMNO, tetapi menjual kedudukan itu kepada musuh.
Maaf kata, mereka tidak lebih daripada pelacur politik yang tidak bermaruah.
17.
Saya
yakin, semua yang hadir hari ini, adalah
orang UMNO yang komited. Saya percaya, yang ada di dalam dewan ini adalah
antara pejuang hakiki dan anak-anak muda
yang masih yakin dan menyokong perjuangan parti keramat ini. Terima kasih
sekali lagi Kak Ida dan rakan-rakan Exco ucapkan.
18.
Kata
pepatah: kalah menang adat pertandingan.
Adakalanya kita menang. Ada ketikanya
kita kalah. Ini lumrah dalam perjuangan dan roda kehidupan, yang kita perlu
terima untuk menjadi pejuang sejati.
19.
Saya
menyeru rakan-rakan seperjuangan semua, untuk mengambil kekalahan lalu sebagai satu pengalaman yang mematangkan,
seperti kisah anak burung yang dipaparkan tadi.
20.
Anak
burung yang kecil pun, mesti melalui pengalaman jatuh dari gunung yang tinggi,
terlanggar batu, terguling di bumi, sebelum bangkit kembali, membesar sebagai
makhluk yang gagah perkasa, yang boleh terbang lebih tinggi dari gunung tadi.
21.
In
shaa Allah, UMNO yang jatuh juga, boleh
bangkit kembali untuk lebih perkasa, gagah, berani dan dapat memberi yang lebih
baik dari apa yang pernah diberikan kepada rakyat sebelum ini.
22.
UMNO
adalah parti yang besar jasanya. UMNO
adalah parti yang memerdekakan negara. UMNO
telah membangunkan negara dan UMNO juga lah yang memberikan kemakmuran kepada
negara yang berbilang kaum ini.
23.
Paling
penting, kerana UMNO juga lah AGAMA
ISLAM dan BANGSA MELAYU dihargai dan tidak menjadi umat yang merempat di bumi
sendiri. Ketakutan orang sebelum kita, apabila melihat nasib Red Indian di
Amerika, atau bangsa kulit hitam di Afrika Selatan, atau mana-mana pribumi lain
yang terpinggir dibumi sendiri, tidak berlaku di tanah air kita kerana UMNO lah yang sentiasa mempertahankan apa
yang sepatutnya menjadi hak kita dan di masa yang sama kita tidak menafikan hak
orang lain.
Sahabat
seperjuangan yang Kak Ida kasihi sekalian,
24.
Kita
boleh lihat dengan jelas. Melalui UMNO lanskap
negara ini berubah. Ketika ditinggalkan penjajah, Melayu dilihat hanya
sebagai bangsa desa, bangsa pesawah dan nelayan. Bangsa miskin yang terpinggir, bangsa yang
rendah pendidikannya dan bangsa yang serba kekurangan.
25.
Namun,
berkat kerja keras pemimpin UMNO, yang
dibantu oleh pemimpin bangsa lain, kita boleh saksikan bagaimana negara
kita boleh berubah menjadi maju dan sejahtera bagi seluruh rakyat di negara ini.
Nikmat ini tidak mungkin kita kecapi,
tanpa komitmen yang diusahakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
26.
Saya
masih ingat lagi, mengapa orang-orang
China di Indonesia lari ke Malaysia mencari tempat perlindungan. Ianya berpunca
dari krisis kewangan yang melanda Indonesia di akhir tahun 90an.
27.
Ketika
itu kaum pribuminya yang menderita, jatuh miskin akibat krisis itu menghalakan
kemarahannya kepada kaum lain yang dilihat menguasai lebih 80 peratus ekonomi
negara itu. Ia tidak berlaku di Malaysia, kerana
melalui UMNO, melalui dasar dan programnya, kecemburuan kaum kerana faktor
ekonomi dan status sosial telah dapat dikurangkan. Ertinya melalui UMNO,
kalau kaum lain ada jurutera, doktor, arkitek dan pelbagai profesion yang
hebat, kaum pribumi di sini juga ada
memilikinya.
28.
Melalui
UMNO, kita tidak berkira-kira berapa kos
yang terpaksa ditanggung untuk membuka kawasan-kawasan felda, membina jeti
nelayan, membangun sekolah dan klinik di kawasan yang terceruk atau memberikan
pelbagai kemudahan dan subsidi untuk pesawah dan petani.
29.
Melalui
UMNO juga, kita tidak pernah membenarkan
orang pertikaikan berapa banyak masjid yang perlu di bina, madrasah dan tahfiz
yang perlu dibantu dan pengembangan syiar Islam menjadi agenda utama negara
ini.
Para pemerhati,
barisan kepimpinan PUTERI dan perwakilan sekalian,
30.
Semua
ini bukan berlaku secara kebetulan, dan dalam tempoh sehari dua. Ia memerlukan
usaha dan strategi. Ia mengambil masa berpuluh tahun. Ia boleh dilakukan kerana
UMNO terus berkuasa ketika itu. Oleh itu bagi rakyat terutama orang Melayu,
janganlah angkuh, mendabik dada mengatakan UMNO langsung tidak ada jasa untuk
negara dan untuk orang Melayu.
31.
Kita
bukan ingin bernostalgia semata-mata. Namun, amat perlu bagi kita mengingati
sejarah perjuangan bangsa kita. Kerana dengan mengingati sejarahlah, kita akan
tahu asal usul kita, membangkitkan jati diri kita dan menjadi sumber kekuatan
bangsa kita.
32.
UMNO masih relevan, kerana apa yang telah kita bina
belum tentu akan diteruskan oleh orang lain. Apakah kita boleh harapkan DAP memperkukuhkan
kedudukan Islam dan Melayu? Sudah tentu tidak, kerana ia bukan agenda parti
mereka.
33.
Kita
tidak boleh mengharapkan PKR, kerana PKR bukan parti orang Melayu. Ia parti
pelbagai kaum dan tidak mampu untuk meletakkan Islam dan Melayu sebagai fokus
perjuangan mereka.
34.
Bahkan,
parti berlambang Bunga pun hanyalah parti kecil yang terpaksa bergantung kepada
parti-parti lain untuk berkuasa. Hidup mereka hanya bergantung kepada individu
tertentu dan paling utama kepada DAP yang menjadi abang besar dalam pakatan
mereka.
35.
Apakah
hanya dengan mengambil beberapa orang bekas pemimpin UMNO maka mereka boleh
menggantikan UMNO untuk mengisi asas perjuangan UMNO? Ia tidak mungkin boleh
berlaku dengan mudah.
36.
UMNO bukan sekadar parti politik orang Melayu. Ia
adalah institusi orang Melayu, bermula tanpa kuasa. Di kukuhkan dengan kuasa,
dan tak boleh dilenyapkan hanya kerana hari ini kita tidak berkuasa lagi.
37.
Institusi
orang Melayu dibangunkan melalui tradisi, organisasi, cara berfikir yang
menyeluruh dan paling penting penglibatan akar umbi yang menjalar ke setiap
saluran nadi orang Melayu di negara ini. Ia mengambil masa berpuluh tahun. Ia
melalui jatuh bangun tersendiri. Itulah UMNO dan tak mungkin boleh
digantikan dengan hanya sebuah parti baru, walaupun diterajui oleh beberapa
bekasan orang UMNO.
Sahabat
seperjuangan yang Kak Ida kasihi sekalian,
38.
Kita
akui kita kalah, mereka menang. Kita akui kita kalah kerana ada kelemahan kita.
Kelemahan kita kerana tak mampu mengatasi penipuan dan persepsi jahat yang digunakan sebagai peluru
untuk menyerang kita sebelum ini.
39.
Penipuan
persepsi ini telah melenyapkan apa jua kebaikan yang kita berikan selama ini.
Penipuan persepsi ini telah melenyapkan semua usaha kita mendekati rakyat,
menjaga kebajikan rakyat, mengambil berat kesusahan rakyat dan menguruskan
pelbagai bencana yang menimpa rakyat. Penipuan
persepsi ini juga menjadikan rakyat
melihat mereka umpama dewa baru yang boleh memberikan segala-galanya.
40.
Penipuan persepsi yang jahat ini bukan sekadar
mengaburi mata orang kampung, malah berjaya memperdaya masyarakat bandar dan
mereka yang berpendidikan tinggi. Ia umpama
virus yang merebak dan merosakkan pemikiran rakyat seluruh negara.
41.
Namun,
setelah lebih 100 hari, ramai yang baru terjaga dari mimpi indah tadi.
42.
Saya nak tanya pada orang Utara atau pun orang Selatan,
masa datang ke sini, apakah benar tol sudah dihapuskan?
43.
Adik-adik Mahasiswa kita, kena bayar hutang PTPTN
lagi tak?
44.
Kepada anak-anak Felda, apakah hutang Felda ibubapa
kita sudah dihapuskan?
45.
Pekerja swasta, apakah mereka berpuas hati dengan kenaikan
gaji minimum yang dijanjikan sebanyak RM1500
sebulan kepada hanya RM1050
sebulan?
46.
Anak-anak muda yang dijanjikan satu juta peluang
pekerjaan, ada ke?
48.
Hari
ini empat bulan sudah berlalu. Alasan demi alasan yang diberikan. Janji tinggal
janji. Bila ditanya, mereka kata, bagilah masa. ‘Takkan hari ni kahwin esok dah beranak kot’.
49.
Betul! Baru kawin. Masih honeymoon. Tengah
berseronok dengan barang baru. (Malaysia Baru konon).
50.
Masalahnya, dah lebih seratus hari. Dah lebih empat
bulan. Sepatutnya kalau akan dapat anak, tanda-tanda mengandung itu sudah ada.
51.
Yang kita nampak, seperti tak ada langsung. Dah buat
ujian air kencing ke? Kalau sudah buat, ceritalah sikit. Kalau tidak, orang
kata kerajaan ini hanya asyik kencing sahaja.
52.
Bagi orang Melayu, janji itu hutang. Kalau tak boleh
tunaikan, jangan mudah berjanji. Kalau nak
berjanji, fikir masak-masak apakah ia mampu ditunaikan. Bagi orang Melayu, soal maruah seseorang itu terletak kepada sejauh manakah ia berpegang
kepada janjinya. Orang yang mungkir janji, ibarat menyimbah air kencing kepada orang yang dijanjikan. Walaupun
begitu ada juga pemimpin kerajaan yang kata’ manifesto bukan kitab suci!.
Sahabat
seperjuangan yang Kak Ida kasihi sekalian,
53.
Hari
ini, kita melihat PENIPUAN PERSEPSI tadi
semakin terungkai satu persatu, apabila rakyat semakin terasa, selama ini
mereka yang dikencing.
54.
Ada
juga sebahagian dari rakyat yang mempertahankan keputusan dahulu kerana
merasakan masa berbulan madu belum selesai.
Masa honeymoon, semuanya indah. Kalau kita beritahu belakang ada
kurap. Dia kata itu panau je. Kalau ada kudis dibelakang telinga, dia kata itu
jerawat je. Bahkan ada yang mengatakan mereka memilih kerajaan baru bukan
kerana janji, tetapi hanya untuk melihat kita dijatuhkan. ‘Takpe bayar SST pun,
janji BN tumbang’.
55.
Biar
masa menentukan untuk rakyat melihat mana kudis, mana kurap. Tunggulah, rakyat
pasti melihat realiti sebenar keupayaan kerajaan baru yang sebenarnya apabila
topeng yang dipakai ditanggal satu persatu.
56.
Bagi
kita, kegagalan melaksanakan manifesto
dan janji-janji pilihanraya adalah satu dari apa yang kita pertikaikan.
Paling menakutkan, sekiranya tampuk
kekuasaan yang mereka perolehi akan digunakan untuk merombak asas yang menjadi
tonggak penubuhan negara yang
bernama Malaysia ini.
57.
Ini termasuk persetujuan asal yang menjadi asas
kontrak sosial negara kita.
58.
Bila
kita bercakap soal bahasa Melayu, agenda Melayu, soal kedudukan agama Islam,
soal institusi kesultanan untuk melindungi agama dan kedudukan orang
Melayu, kita bukan bercakap dari perspektif seorang rasis atau agamawan. Bahkan
kita menolak fahaman rasisme yang
menganggap satu kaum lebih superior
dari kaum lain sehingga boleh menganiaya kaum yang lain pula. Kita tidak akan
membenarkan sebarang penganiayaan dalam apa bentuk sekalipun.
59.
Kita
bercakap tentang apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian yang dimeterai
oleh pengasas negara sebelum kita. Iaitu apa
yang menjadi hak orang melayu dan apa yang menjadi hak kaum-kaum lain yang diberi kerakyatan untuk tinggal di
negara bertuah ini.
60.
Hari
ini, tanda-tanda ada usaha mencabar persetujuan asas begitu ketara. Hanya
beberapa hari saja selepas kemenangan mereka, bukan soal rakyat yang diutamakan, tetapi, bahasa Mandarin mula
digunakan dalam edaran rasmi kerajaan. Ia adalah ujian, untuk melihat
reaksi kita. Sudah ada desakan memberikan
hak pemilikan tanah kepada kampung-kampung baru yang dikaitkan dengan kaum-kaum
tertentu. Yang terbaru, Tuanku Sultan Johor murka apabila ada ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
menggunakan bahasa cina dalam urusan surat rasmi mereka.
61.
Ada
pula yang menganggap kerajaan baru, kerajaan yang boleh membenarkan
segala-galanya. Mengedarkan nyanyian lagu
berunsur penyebaran agama lain untuk anak-anak orang Islam. Ini juga ujian
untuk melihat reaksi kita.
62.
Bahkan
terdapat gerakan baru di bawah kerajaan PH, sesuatu yang bukan menjadi norma masyarakat kita seperti pendewaan
golongan LGBT dan sebagainya. Fenomena ini amat merisaukan kita.
63.
Pencabulan ‘rule of law’ semakin berleluasa.
Pendakwaan terpilih berlaku hampir setiap hari. “orang kita kena dakwa, orang dia terlepas walau ada bukti dan cukup
saksi”. Mana ‘rule of law’ yang
dilaung-laungkan selama ini? Yang kita dengar ‘rule of jungle’,adalah
ataupun Rule of no Law”.
64.
Ketika
ini semua kena bersedia, lebih banyak pendakwaan terpilih akan berlaku, untuk
melemahkan semangat kita. ISA dihapuskan oleh kerajaan kita dahulu. Kini
pelbagai undang-undang lain digunakan untuk menakut-nakutkan kita terutama
pemimpin kita.
65.
Saya
percaya tak lama, akan berlaku trend orng memakai fesyen baru. Baju oren.
Jenama lokap dan memakai gelang seperti gari. Tanda protes bagaimana
undang-undang digunakan hanya untuk musuh politik, tetapi akan membebaskan
sesiapa yg tunduk kepada kemahuan mereka. Kita
tak mahu rule of the jungle mengatasi
rule of law di negara tercinta ini”
66.
Pastinya,
kita akan diasak bertalu-talu dalam mempertahankan apa yang sudah dipersetujui
bersama. Siapa lagi yang boleh diharap
mempertahankan apa yang dipersetujui dahulu melainkan UMNO, kita lah pendokong UMNO yang sepatutnya menjadi benteng
kepada orang Melayu. Kalau bukan kita, siapa lagi?
Sahabat
seperjuangan yang Kak Ida kasihi sekalian,
67.
Memperkukuhkan
benteng orang Melayu ini adalah asas hala tuju kita. Bagi Pergerakan PUTERI
UMNO sebagai sayap paling bongsu dalam parti, tanggungjawab kita untuk
melakukan anjakan paradigma bagi
merelevankan pergerakan kita kepada generasi muda khususnya Mahasiswi dan
wanita muda.
68.
Mind setting
kita MESTILAH SEBAGAI PEMBANGKANG, BUKAN
LAGI KERAJAAN. Gerak kerja berorientasikan KHIDMAT BUKAN LAGI KEUTAMAAN, tetapi berorientasikan PEMBINAAN MINDA AHLI dan PENGURUSAN PERSEPSI rakyat terhadap
kita dan kerajaan yang memerintah.
69.
PUTERI akan menjadi suara dan deria untuk
memperjuangkan segala masalah wanita muda, penderitaan rakyat dan menegur
kerajaan hari ini secara membina dan konstruktif.
70.
Anjakan
paradigma ini, mampu menghilangkan blind spots yang menjadi antara faktor
kekalahan kita pada PRU14.
71.
Walaupun
kita diasak dari pelbagai sudut, tekad PUTERI,
apapun halangan, onak duri dan tawaran, jiwa raga kita tetap bersama UMNO.
Di sana Merak disini Merak,
Merak mana jadi pilihan Puteri,
Disana hendak disinipun hendak,
UMNO tetap pilihan hati.
72.
Ayuh
PUTERI, kita bangkit bersama. Kita mulakan
dengan pemerkasaan dalaman parti terlebih dahulu.
73.
Pergerakan
PUTERI menggariskan Lima ‘S’ sebagai pra syarat dan teras pemerkasaan
dalaman PUTERI Bangkit iaitu:
Pertama : Solidariti
Kedua : Sinergi
Ketiga : Survival
Keempat : Sukarela
Kelima : Strategi.
SOLIDARITI .
SINERGI . SURVIVAL . SUKARELA . STRATEGI
74.
Teras yang pertama : SOLIDARITI :
untuk memperkasakan solidariti di kalangan kita, Pergerakan PUTERI menyokong penuh kepimpinan YB Dato’ Seri Presiden dan
institusi kePresidenan tanpa was-was dan ragu.
75.
Institusi
kePresidenan adalah tonggak yang perlu dipertahankan dan diperkukuhkan,
lemahnya institusi ini akan lemahlah UMNO.
76.
Kita yakin dan optimis dengan dedikasi YB Dato’ Seri
Presiden, kita mampu merapatkan dan
memperkukuhkan saf kepimpinan dan membina kesepaduan.
77.
Pergerakan
PUTERI, SEDERAP, SEIRING DAN SENADA
DENGAN ROH PERJUANGAN yang dilaungkan YB Dato' Seri Presiden, UMNO BANGKIT- KITA BANGKIT.
78.
Teras yang kedua : SINERGI :
Sinergi menuntut KITA SALING BEKERJASAMA
DAN SALING MEMBANTU, UNTUK MENGHASILKAN IMPAK YANG MAKSIMUM terhadap usaha
kerja kita. Dengan itu, wahai KekandaKU Pemuda,
BondaKU Wanita, AyahandaKU Presiden dan kepimpinan tertinggi, kami perlukan sokongan, dokongan &
bimbingan ANDA semua untuk membina KESALINGAN merangka, menyusun dan memperkukuhkan
parti.
79.
Teras yang ketiga : SURVIVAL :
kita juga perlu menyemai dalam jiwa kita semangat untuk terus hidup dan
berjuang, walaupun diasak dengan pelbagai cabaran dan tohmahan. Di saat sukar
ini, Jiwa yang kental, jiwa survival
akan menentukan kelangsungan perjuangan kita.
80.
Biarlah
apa orang luar nak kata. Pergerakan PUTERI
akan tetap survived dan meneruskan
perancangan dan program sedaya mungkin.
81.
Kekentalan
mengharungi keperitan ini, In shaa Allah akan mematangkan perjuangan politik
kita.
82.
Teras yang keempat: SUKARELA:
Adalah amat perlu bagi kita menanam dalam jiwa kita semangat sukarela dalam
usaha untuk memartabatkan parti kita. Sesungguhnya, kita datang ke Perhimpunan
Agung UMNO kali ini secara sukarela, bukan paksa rela.
83.
Sampai masanya kita bergandingan secara SUKARELA
sepenuh JIWA turun membantu bagi menjayakan apa
sahaja program Pergerakan PUTERI tak kira di Cawangan, Bahagian, Negeri dan Nasional.
84.
Teras yang kelima: STRATEGI :
Dalam menghadapi percaturan politik baru hari ini, kita menyakini STRATEGI
adalah elemen terpenting.
85.
Kali
ini, setiap pencaturan PUTERI UMNO bukan
main terpa semberono, gerak kerja mestilah BERSTRATEGIK, dengan mengambil
kira keperluan kumpulan sasar, perancangan jangka masa pendek dan panjang,
implikasi setiap pilihan dan keputusan yang kita ambil.
86.
Lima ‘S’
iaitu Solidariti, Sinergi, Survival,
Sukarela, Strategi akan menjadi Anjakan Paradigma kepada PUTERI Bangkit
yang akan menjayakan hala tuju Pergerakan PUTERI.
Pulau Pangkor nun di Utara,
Belikan saya nyiur dan lepat,
Kalau sayang pada negara,
Ayuh bersama kak Ida KITA bangkit.
Sahabat
seperjuangan yang Kak Ida kasihi sekalian,
87.
Sebagaimana
yang Kak Ida tekankan tadi, Lima ‘S’ akan menjadi teras pemerkasaan dalaman PUTERI, manakala Hala Tuju
difokuskan kepada Tiga ‘P’ iaitu:
Pertama : PENGKADERAN
Kedua : PENGUASAAN
MEDIA SOSIAL
Ketiga : PENYEMAIAN
AKTIVISME SOSIAL
88.
Pembangkang
yang kuat dan digeruni bergantung kepada bagaimana kehebatan kita melakukan
provokasi, eksploitasi politik dan menjadi juara dalam mengangkat isu-isu
penderitaan rakyat, serta mengkritik apa sahaja dasar kerajaan dan pemerintah
yang merugikan rakyat dan negara.
89.
Pergerakan PUTERI mendokong 100% hasrat dan impian
YB Dato Seri Presiden untuk melatih dan mengkaderkan
seramai mungkin kader-kader parti yang berkaliber dan digeruni.
90.
Pergerakan
PUTERI merancang menubuhkan SEKOLAH PATRIOTISME WANITA MUDA bertujuan
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai sistem politik negara,
demokrasi dan peranan mereka dalam menentukan hala tuju masa hadapan negara. Modus
operandi, silibus dan modul akan digubal oleh kumpulan Akademik, Strategis dan trainers yang telah dikenal pasti.
91.
Populariti
media sosial ini tidak
dapat disangkal lagi oleh mana-mana pihak. Hebahan berita-berita sensasi
menjadikan media sosial sebagai satu medium perantaraan yang sangat digemari
dan berpengaruh.
92.
Perang
saraf sosial media dijangka akan berterusan dan teknologi-teknologi baharu yang
muncul akan menentukan hala tuju dunia politik negara pada masa hadapan. Bagi
menghadapi rempuhan media social, Pergerakan
PUTERI merancang beberapa program dan aktiviti yang akan diumumkan dari masa ke
semasa bagi meningkatkan Penguasaan Media Sosial kalangan ahli.
93.
Sektor
sukarelawan
kini sudahpun menjadi bahagian penting dalam aspek-aspek sosio, ekonomi dan
politik kebanyakan negara maju.
94.
Justeru
itu, PUTERI akan lebih banyak
menggunakan kaedah ‘engagement’ terhadap
kumpulan sasar yang terpinggir dalam masyarakat atau oleh parti-parti politik.
95.
Pergerakan Puteri akan menjadikan Penyemaian
Aktivisme Sosial atau kesukarelawan sebagai Penjenamaan Pergerakan PUTERI UMNO.
Kita akan memperteguhkan rangkaian dengan membina jaringan kerjasama strategik dengan
NGO, Mahasiswa, Persatuan, Kelab dan badan sosial lain dalam melaksanakan
program kesukarelawan tanpa melibatkan kewangan yang besar. Kita akan lebih banyak mendengar keluhan
rakyat, daripada memberi ceramah kepada mereka. Kerana selama ini kita lebih
banyak bercakap daripada mendengar. Ayuh bersama-sama kita menyantuni
kepelbagaian dalam bingkai kemuafakatan demi #puteribangkit.
Takkan Melayu hilang di bumi
Semangat juang amatlah tinggi
Lima ‘S’ memperkasakan dalaman
parti
Tiga ‘P’ menjadi hala tuju PUTERI
Sahabat
seperjuangan yang Kak Ida kasihi sekalian,
96. Untuk bergerak maju menghadapi senario
politik hari ini, ingin saya TEGASKAN bahawa:
a) Pergerakan
PUTERI akan memberikan kesetian, tetapi bukan secara membuta tuli.
Era ‘Yes Sir’ sudah berakhir. PUTERI mesti sama taraf dengan sayap lain
bahkan akan lebih keras dan tegas di masa akan datang.
b) Pergerakan PUTERI akan mematuhi dan menyokong keputusan majoriti kepimpinan tertinggi,
tetapi dengar-dengar jugalah pandangan kami.
c) Pergerakan PUTERI tidak akan teragak-agak untuk menegur dan mengingatkan kepimpinan
tertinggi jika mereka tersasar daripada landasan perjuangan, waimma
Presiden parti sekali pun.
d) Pergerakan PUTERI tidak lagi akan menjadi satu kumpulan yang eksklusif. Jangan jadi DIVA. Kita akan jadi
sebahagian dari orang muda dan masyarakat.
e) Pergerakan PUTERI akan lebih terbuka menerima kepelbagaian latar belakang wanita muda
yang ingin bersama.
97. Pergerakan Puteri ingin mencadangkan 2 perkara untuk diambil
PERHATIAN
SERIUS oleh YB Dato’ Seri Presiden :
Pertama:
Budaya ‘WAR LORD’ perlu ditangani segera kerana ianya
mampu meruntuhkan kesepaduan parti.
Kedua:
PEREMAJAAN PARTI perlu dipandang
serius, berikan takrifan
Sebenar apakah
yang dimaksudkan dengan peremajaan parti. Adakah
Peremajaan bermaksud
ramainya pemimpin muda yang mengetuai
parti?
Atau penggunaan teknologi terkini
dalam urusan parti bermaksud
peremajaan parti?
98. Pergerakan
Puteri MENDESAK YB Dato’ Seri Presiden:
Pertama:
Memberikan kuasa AUTONOMI KEPADA UMNO
SABAH,
sesuai dengan perubahan lanskap politik hari ini.
Kedua:
Mengambil TINDAKAN TEGAS DAN DRASTIK
kepada
mana-mana wakil rakyat UMNO yang melompat keluar parti, sama
ada menjadi wakil rakyat bebas atau
menyertai parti lain.Termasuk memikirkan tindakan undang-undang.
99.
Saya
menyeru kepada rakan-rakan dan adik-adik semua. Teguhkan pendirian. Inilah satu-satunya parti yang ada untuk kita
berpijak, supaya langit yang dijunjung akan terus melindungi bangsa dan agama
kita.
100.
Mari
kita bersatu hati memberi keyakinan
kepada pucuk pimpinan untuk mencari jalan terbaik demi kelangsungan ummah di
negara yang bertuah ini.
Sahabat
seperjuangan yang Kak Ida kasihi sekalian,
101.
Agenda
perpaduan Melayu-Islam harus dilihat secara jujur dan harus diberi keutamaan.
Sebagai kaum majoriti kita tak mudah dikalahkan, sekiranya kita bersatu.
Melayu-Islam yang berpecah akan mudah diratah oleh sesiapa pun. Walau
bagaimanapun kesejahteraan semua kaum tetap menjadi keprihatinan kita.
102.
Tidak
keterlaluan, untuk saya menyebut di sini, mereka yang menjadi peneraju kerajaan
hari ini. Sebahagian besarnya adalah dari
UMNO, yang membesar melalui sekolah UMNO dan membangun pengaruh dan kuasa
mereka melalui UMNO. Kita akui mereka ada jasa pada UMNO, tetapi mereka mesti
mengakui UMNO juga ada jasa kepada mereka.
103.
Benar
dalam pertarungan baru-baru ini, mereka telah mengalahkan kita. Tetapi, sekiranya ada secebis rasa ingin
membunuh UMNO untuk terus luput di bumi bertuah ini, kami sebagai anak merayu
agar mereka fikirlah semasak-masaknya.
104.
Parti
ini bukan sahaja besar jasanya untuk negara, untuk orang Melayu, untuk Islam,
tetapi parti ini juga banyak berjasa kepada mereka yang berada ditampuk
kekuasaan hari ini.
105.
Ingatlah, sebenci mana pun mereka kepada beberapa individu
UMNO, kenang-kenanglah, ingat-ingatlah dan insaf-insaflah bahawa dalam diri mereka,
keluarga mereka, anak-anak mereka, bahkan rakan-rakan mereka yang diberi
kesenangan mengalir darah yang dibangunkan hasil perjuangan orang-orang UMNO
yang terdahulu.
106.
Ini,
termasuk keringat dan susah payah Pak Cik, Mak Cik orang UMNO yang dengan
setulus ikhlas berada diceruk rantau negara yang telah memberi sokongan tak
berbelah bagi kepada mereka ketika mereka berkuasa dahulu. Ingatlah, ketika
mereka pernah diasak, dimaki dan dihamun oleh pembangkang yang menjadi sahabat
mereka hari ini. Pakcik dan makcik inilah yang mengeluarkan keringat, airmata
dan darah untuk mempertahankan mereka ditampuk kekuasaan dahulu.
107.
Sebagai
anak muda, kami mahukan kedamaian dalam sebuah keluarga
besar
orang Melayu.
108.
Sejarah
kita adalah dari satu rumah yang sama. Mungkin kini kita berada di rumah yang
berbeza. Seindah mana pun rumah baru yang dibina, ingatlah rumah lama yang
membesarkan kita bersama. Jangan sesekali, cuba di bakar rumah ini. Kerana
rumah ini penuh dengan kenangan susah payah, pahit manis kita bersama.
109.
Bagi
kita yang berada di rumah ini, peliharalah rumah peninggalan nenek moyang kita
dengan penuh keikhlasan. Sekiranya ada atap yang bocor mari kita gantikan
dengan yang baru. Sekiranya ada tiang yang rosak mari kita baiki agar ia
kembali kukuh. Mari kita hiasi taman di halaman rumah kita dengan bunga-bungaan
indah kerana inilah rumah kita.
Para perwakilan
yang disayangi,
110.
Walau
apapun berbagai dugaan yang melanda kita, jangan sekali-kali kita patah semangat.
Jangan sekali-kali kita tinggalkan perjuangan. Kita harus bangkit dengan lebih
bersemangat dan buktikan yang kita tetap setia dan akan terus istiqomah.
111.
Kak
Ida yakin dan percaya dengan anda semua di depan ini adalah pejuang sejati yang
rela berkorban masa dan harta demi perjuangan tercinta.
WAHAI PUTERI-PUTERIKU
Bangkitlah - Bangkitlah – Bangkitlah
Walau Tewas jangan pasrah
Walau Rebah jangan undur
(Kita Bangkit)
Walau Tewas jangan pasrah
Walau Rebah jangan undur
(Kita Bangkit)
Walau perit
Kita bukan pencacai,
Penagih kuasa dan pelombong harta
(Kita Bangkit)
Walau keseorangan
Kita tidak akan Berpaling tadah,
Kita bukan pencacai,
Penagih kuasa dan pelombong harta
(Kita Bangkit)
Walau keseorangan
Kita tidak akan Berpaling tadah,
merangkak mencari sang penguasa baru
(Kita Bangkit)
(Kita Bangkit)
Walau badai melanda
Kita Rapatkan saf
ketatkan ikatan
(Kita Bangkit)
Kita Rapatkan saf
ketatkan ikatan
(Kita Bangkit)
Walau apapun halangan
Kita Genggam janji pejuang
Selagi jasad ini bernyawa
Selagi kudrat ini berdaya
(Kita bangkit)
Kita Genggam janji pejuang
Selagi jasad ini bernyawa
Selagi kudrat ini berdaya
(Kita bangkit)
Walau dicemuh
Walau ditertawa
Usah gentar, gundah gelana
Rabbul Jalil pasti merestui
(Kita Bangkit)
Walau ditertawa
Usah gentar, gundah gelana
Rabbul Jalil pasti merestui
(Kita Bangkit)
Puteri Bangkit
Kita Bangkit
Umno Sebuah Perjuangan
Allahu Akbar
Kita Bangkit
Umno Sebuah Perjuangan
Allahu Akbar
KEBANGKITAN
KEBANGKITAN
KEBANGKITAN
|
Selamat
Bersidang. Wabillahi taufik walhidayah.
No comments:
Post a Comment