Friday 15 March 2019

TEMBAKAN DI NEW ZEALAND TINDAKAN TIDAK WARAS



Dikhabarkan seorang rakyat Malaysia antara mangsa yang cedera dalam Tragedi Tembakan Rambang di dua Masjid di New Zealand hari ini.

Kami mengecam keras apa sahaja tindakan ganas dan tidak waras yang mengakibatkan kematian dan kecederaan orang yang tak bersalah.

Berdasarkan laporan Harian Metro setakat ini disahkan 40 maut dan lebih 20 cedera dalam serangan itu.

Mohon rakyat Malaysia yang berada di sana sentiasa berhati-hati dan patuh pada arahan pihak berkuasa.

Sama-sama kita doakan mangsa yang cedera segera pulih dan semoga saudara Muslim di sana dilindungi Allah sentiasa..

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia - 15 MAC 2019

Wednesday 6 March 2019

UMNO DAN PAS KERJASAMA, KENAPA DAP PANAS?



Tidak ada sepatah pun disebut oleh ke dua dua pemimpin parti UMNO dan PAS isytihar perang terhadap bukan Melayu..

Dua parti Islam Melayu jalin kerjasama sesama pembangkang, kenapa DAP pula yang panas?

Pada saya kenyataan Lim Guan Eng ini seolah olah menghasut rakyat bukan Melayu untuk bencikan perpaduan.

Adakah DAP dalam ketakutan apabila dua parti ini jalin kerjasama? Kenapa Lim Guan Eng melatah? Seperti yang dilapor oleh MalaysiaKini Lim calls Umno-PAS union a declaration of 'war' on non-Malays https://www.malaysiakini.com/news/466850?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Tak kan kalau dulu dia boleh kawin dengan PAS, orang lain tak boleh? Relaks dan bawak bertenanglah Encik Lim. Apakah dia takut segala keburukannya semasa berumah tangga dulu terdedah?

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia - 6 Mac 2019

Monday 4 March 2019

Kerjasama UMNO dan PAS adalah kemahuan rakyat



Kerjasama UMNO dan PAS adalah amat diperlukan dalam situasi politik semasa negara sekarang.

Ia bukan sahaja menguntungkan dua parti politik orang Islam Melayu terbesar negara ia juga akan menguntungkan seluruh rakyat Malaysia.

Kita pernah bersama-sama pada 1969 kemudian berpisah, ibarat pasangan bercerai yang rujuk kembali, demi anak-anak dan masa depan.

Kali ini inshaAllah UMNO dan PAS akan bersatu kembali demi Agama, demi orang-orang Melayu dan keharmonian negara.

Segala perbalahan sengketa lama dilupakan, tutup buku lama kita buku baru, kita berpakat elok-elok, sengekta yang merugikan rakyat tidak patut berpanjangan, demi agenda yang lebih besar seperti kata peribahasa biduk lalu kiambang bertaut.

Penyatuan ini amat dinanti oleh majoriti rakyat Malaysia selepas melihat kerajaan Pakatan Harapan hari ini gagal menjalankan amanah dan gagal mengekalkan keharmonian apabila pelbagai isu-isu sensitif dibangkitkan.

Dalam masa yang sama penyatuan ini tidak akan mengubah dasar perjuangan kedua dua parti dan pastinya tidak akan menggugat kepentingan kaum-kaum lain seperti yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan..

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia - 4 Mac 2019

Sunday 3 March 2019

Kemenangan Rakyat di Semenyih, Terima Kasih PAS



KUALA LUMPUR 2 Mac - Susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik mengucapkan terima kasih kepada Pas.

Menurut Zahida, ucapan terima kasih tersebut adalah kerana usaha Pas yang banyak membantu BN sejak bermula PRK sehingga sekarang.

“Terima kasih Pas kerana banyak membantu kita sehingga hari ini. Semoga kerjasama baik ini berkekalan,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya, di sini hari ini.

Zahida menambah, kemenangan tersebut amat bermakna hasil kerjasama baik antara BN dan Pas.

Katanya, ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap kerajaan PH. - UTUSAN ONLINE