Wednesday 25 September 2019

Lawan Berita Palsu, DAP harus Cermin Diri Sendiri




“I want to issue a challenge to all political parties, whether in government or opposition, either at the national or the state level, to take a united and firm stand against fake news and hate speech.

“Are the opposition parties prepared to attend a roundtable conference to combat fake news and hate speech? If so, the DAP is prepared to host such a roundtable conference,” kata Lim Kit Siang pada 22 September 2019.

Ini memanglah satu matlamat dan usaha yang murni dan ianya harus disokong semua pihak tidak kira kerajaan mahupun pembangkang.

Kita sejak dahulu tetap konsisten memerangi segala bentuk Fitnah dan berita palsu yang secara mudah tersebar di media lebih-lebih lagi di zaman moden kini.

Ia dibuktikan apabila Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 April 2018 pada era pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Ironinya, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuhkan pula di dewan rakyat yang sama pada 16 Ogos 2018 hanya empat bulan selepas Pakatan Harapan menang mengambil alih Putrajaya.
 
Persoalannya, adakah DAP akan menawarkan diri mereka sebagai penyelesai kepada masalah atau pun DAP adalah punca pada masalah ini? Seperti kata peribahasa Melayu ‘Cermin diri sendiri’. Selepas menang dalam PRU14 bersenjatakan Fitnah dan berita palsu, sekarang kalian cuba untuk berlagak suci?

DAP memberi gambaran seolah-olah yang masalah ini berpunca dari orang lain dan bukannya dari mereka sendiri.

Sekiranyalah DAP ini betul-betul ikhlas dengan tawaran mereka, maka DAP terlebih dahulu perlulah berikrar bahawa mereka akan menghapuskan semua permainan politik parti yang dibuat oleh mereka terutamanya melibatkan berita palsu dan berita yang menimbulkan kebencian antara kaum.

DAP sepatutnya berjanji agar mereka sendiri akan bermula untuk mengamalkan politik bersih dan barulah mereka menjemput orang lain menyertai budaya politik bersih seperti cadangan DAP itu sendiri.

Lim Kit Siang sendiri serta beberapa pemimpin DAP yang lain telah mengeluarkan banyak tuduhan yang akhirnya terbukti ianya tidak benar. Tidak perlu saya menyebutkannya secara terperinci sebab semua orang tahu tentang tuduhan dan Fitnah mereka. Cukuplah saya mengatakan bahawa banyak kenyataan dan tuduhan dari pihak pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Harapan tidak tepat atau tidak benar sama sekali.

Biarlah DAP memimpin secara tauladan  juga bersih dan bukan sekadar cakap sahaja tidak serupa bikin.  Akui kesilapan dahulu pernah mencipta propaganda, fitnah serta siri penipuan kepada rakyat hingga ramai yang terpedaya.

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia


Friday 10 May 2019

SATU TAHUN KERAJAAN PH, APA DAH JADI?



Selepas genap 1 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, tiada satu pun kebaikan yang diperoleh rakyat melainkan kasut Putih tukar hitam.

Janji-janji yang ditabur sebelum PRU14 bertukar menjadi harapan Palsu, setiap hari rakyat ditipu.

Bila GST di hapuskan, pemimpin PH kata "Dengan SST harga barang akan lebih murah" ingat lagi pemimpin DAP mana yang sebut? Adakah harga barang kini sudah murah? Atau hanya telur ayam yang turun 2sen?

Lebih 80% pengundi muda terpesona dengan janji memilih PH pada PRU14 pula ditipu hidup-hidup dengan janji hapuskan hutang PTPTN.

Segala bentuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan BN dahulu dihentikan dan dikurangkan. Mana bantuan kepada nelayan? Mana Bantuan untuk petani, pekebun dan penoreh getah ketika musim tengkujuh? Mana bantuan untuk anak muda?

Pelbagai isu-isu bukan sahaja menyusahkan rakyat tetapi banyak isu-isu sensitif dibangkitkan mengakibatkan keresahan terutamanya orang-orang Islam dan Melayu di negara kita.

Antaranya kes kematian Adib yang tidak terbela, isu Ratifikasi ICERD, cubaan sertai Statut Rome tanpa merujuk kepada Raja-Raja Melayu dan terkini pergeseran dengan Istana Johor.

Satu demi satu aset-aset dan syarikat milik kerajaan dijual antaranya Saham IHH Berhad yang mempunyai 14 buah Hospital di Malaysia, 4 di Singapura, 21 di Turki dan 9 di India dan Celcom bukan lagi syarikat milik Malaysia apabila Axiata Khazanah Nasional dijual kepada Telenor Syarikat Norway. Kini Axiata hanya memiliki 43.5% saham berbanding Telenor sebanyak 56.5%.

Bertambah malang lagi apabila dilaporkan lebih 500,000 orang hilang pekerjaan termasuk penjawat awam yang diberhentikan tak lama selepas PH mentadbir Putrajaya. Mana 1 juta peluang pekerjaan yang dijanjikan?

Banyak lagi isu-isu menyakitkan hati rakyat termasuk kenyataan Menteri Menteri PH yang tidak masuk akal dan melucukan sebagai contoh saranan minum Minyak Sawit Sesudu sehari.

Kesimpulannya tiada apa yang boleh dibanggakan oleh Kerajaan Hari ini selain daripada menyalahkan kerajaan terdahulu untuk mengalih perhatian rakyat tentang kegagalan mereka.

Saya bagi Gred E kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang GAGAL.

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Jatuh,tersungkur, kita bangun, kita bangkit, Menang PRU 15



Bismillah hirrahman nirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

11 Mei ini genapkah 73 tahun usia UMNO parti keramat, parti terbesar orang Melayu..

Sudah 7 dekad parti ini berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta..

Sudah 7 dekad juga parti yang kita kasihi ini jadi wadah perjuangan orang-orang Melayu sejak ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dahulu.

Di-era zaman serba moden ini jangan pernah kita lupa pada sejarah bahawa parti ini lah yang berperanan menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union dan penentangan para pejuang terdahulu membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan..

Amat besar jasa UMNO untuk negara..

Sejarah juga telah membuktikan UMNO berjaya menjadi parti dominan di dalam pentadbiran kerajaan termasuk ketika 22 tahun pentadbiran Perdana Menteri sekarang..

UMNO berjaya mengekalkan keamanan,keharmonian negara dan menjadi parti yang kuat mempertahankan sistem Raja Berpelembagaan selama pemerintahan Barisan Nasional..

9 Mei 2018 menjadi detik hitam kepada kita semua apabila Barisan Nasional tumbang dalam Pilihanraya ke 14..

Namun ia bukanlah pengakhir kepada perjuangan kita semua.. UMNO tetap kukuh dan utuh.. Kekuatan parti ini terletak pada akarnya iaitu lebih 3 juta ahli seluruh negara..

Yang tetap bersetia menjadi pejuang parti sejati penuh keikhlasan..

Kebangkitan demi kebangkitan membuatkan kita menjadi lebih kuat..

Jatuh,tersungkur, kita bangun, kita bangkit semula dan terus berjuang!

Ia dapat dibuktikan apabila kita menang dalam 3 PRK berturut turut di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Jika tahun sudah jadi tahun kesedihan, tapi tahun ini kita jadikan tahun kebangkitan untuk kita bangkit teruskan perjuangan parti keramat ini.

Kebangkitan ini lah yang akan membakar semangat untuk kita terus memenangai hati rakyat dalam misi capai kemengangan dalam PRU akan datang.

Akhir kata..Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, sama-sama lah kita buang yang keruh ambil yang jernih, rapatkan ukhwah sesama kita, tanamkan azam, kukuhkan tekad, InshaAllah kejayaan menanti.

Selamat Menyambut Ulangtahun UMNO yang ke 73..

Sunday 14 April 2019

Periksa Polis Sesuka Hati,Petugas PH Biadap! Ala Samseng!




Tindakan beberapa orang petugas Pakatan Harapan di #PRKRantau mendesak dan memeriksa anggota Polis bertugas adalah satu tindakan biadap.

Ia pada saya satu tindakan ala samseng yang angkuh apabila mereka dakwa ada hak untuk periksa siapa sahaja kerana sudah ada kuasa. Kuasa apa?

Ini lah yang membezakan sikap antara penyokong BN dan PH, kami sejak dulu sentiasa menghormati dan beri kerjasama baik kepada pasukan keselamatan terutamanya PDRM tidak kira di mana.

Pengorbanan Pasukan Polis amat besar dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman kita semua rakyat Malaysia.

Jadi adakah layak mereka dilayan sedemikian? Apakah tindakan Menteri Dalam Negeri apabila anak buah diperlekehkan sebegini ?

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia