Sunday 28 October 2018

PPBM DALAM KETAKUTAN, SEKARANG PERLUKAN WAKIL RAKYAT UMNO



SHAH ALAM - Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan menyifatkan dakwaan 40 lagi Ahli Parlimen Umno akan keluar parti dan kemudiannya menyertai Bersatu hanyalah sekadar provokasi pihak tertentu.

Zahida berkata, dakwaan berkenaan bukan untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan orang Umno sendiri, tetapi lebih kepada perang saraf politik dalaman dalam kalangan parti komponen PH.

Menurutnya, Bersatu kini berada di tahap yang tidak menentu kerana bilangan kerusi yang kecil dan parti berkenaan kini merasa amat terancam oleh kemungkinan mereka akan digulingkan dalam masa terdekat.

“Lebih-lebih lagi mereka (Bersatu) ketandusan pemimpin yangg berwibawa dan menteri-menteri mereka dilihat gagal… sebab itu mereka memerlukan ahli-ahli parlimen Umno untuk menyertainya (Besatu).

“Dakwaan ini tak benar tapi dakwaan ini menyebabkan saya rasa bangga. Pemimpin Umno yang dulunya dituduh korup, sekarang sangat diperlukan oleh Bersatu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 40 ahli Parlimen Umno berkemungkinan keluar parti]

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mendedahkan terdapat kemungkinan 40 lagi Ahli Parlimen Umno akan keluar parti kerana menyatakan hasrat untuk menyertai Bersatu selepas ini.

Menurutnya, kesemua mereka itu juga telah beberapa kali bertemu Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara itu.

- SINAR HARIAN - 
-----

RESPON KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Kenyataan yg tak benar,ini sekadar provokasi pihak tertentu,bukan untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang umno tetapi lebih kpd perang saraf politik dalaman di kalangan parti komponen PH.

Kini parti ppbm berada di tahap yg tidak menentu krn bilangan kerusi yg kecil dan merasa amat terancam oleh kemungkinan mereka akan digulingkan dalam masa terdekat.

Lebih2 lagi mereka ketandusan pemimpin yg berwibawa dan menteri2 mereka dilihat gagal.

Sbb itu mrk memerlukan MP Umno utk menyertainya mereka.

Kenyataan ini menyebabkan saya rasa bangga. pemimpin UMNO yg dulunya dituduh korup, skrg sangat diperlukan oleh PPBM.

ZAHIDA ZARIK KHAN

1 comment:

  1. bila fitnah dan pembohongan menjadi alat untuk mendapat kuasa..agama ..bangsa ..negara menjadi rosak olih angkara perbuatan manusia manusia munafik dan jahil asal usul.

    ReplyDelete