Tuesday 25 September 2018

Puteri Sokong Keputusan Tidak Bertanding Di PRK Port Dickson



KUALA LUMPUR, 24 Sept – Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahid Zarik Khan menganggap keputusan pucuk pimpinan UMNO untuk tidak bertanding pilihanraya kecil Port Dickson adalah satu keputusan yang tepat.

Ini memandangkan menurutnya, PRK tersebut menelan belanja yang besar dan diadakan hanyalah untuk memenuhi kehendak peribadi pemimpin dan bukan disebabkan kepentingan pengundi di kawasan tersebut.

“Ya, bagi saya keputusan untuk memboikot PRK Port Dickson itu adalah satu keputusan yang tepat.
“Ini memandangkan peruntukan untuk PRK Parlimen kali ini amat besar, disaat Kerajaan PH menyatakan kedudukan kewangan tenat, hutang negara dan sebagainya.

“Jadi eloklah RM3.5juta seperti yang diumum SPR itu digunakan untuk kebajikan rakyat di negara ini atau dikawasan parlimen tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Kata Zahida lagi, kekosongan kerusi Parlimen PD bukanlah disebabkan kematian seperti kebiasaan PRK yang lain.

“Apa yang jelas, BN tidak mahu melayan dan terlibat dalam percaturan nafsu politik pemimpin tertentu yang menyalah gunakan proses demokrasi,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut terkejut dengan kenyataan bekas Ketua Puteri UMNO, Mas Ermiyatie yang mempertikaikan keputusan UMNO itu.

“Saya agak terkejut juga dengan kenyataan bekas pemimpin UMNO itu yang beria-ia mempertikaikan keputusan ‘konsensus’ BN itu.

“Mungkin beliau sudah mulai rindu dengan UMNO agaknya,” katanya sinis. –MediaUMNO

Tuesday 18 September 2018

TINDAKAN TOK PA MENGECEWAKAN KAMI



KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohammed atau Tok Pa meninggalkan Umno selepas  40 tahun mengejutkan dan mengecewakan sayap parti Melayu itu.

Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, beliau tidak menyangka, terkejut dan kecewa sejurus mendapat tahu keputusan peletakan jawatan Mustapa sebagai ahli Umno.

“Ketika kita diuji dengan kekalahan teruk pada PRU 14 lalu, kami mengharapkan agar pemimpin-pemimpin lama terus bersama dalam perjuangan.

“Pemergian pemimpin lama yang sudah 40 tahun dalam parti keramat ini sudah pastinya akan memberikan motivasi tidak baik kepada ahli-ahli di bawah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Zahida bagaimanapun, menghormati keputusan yang dilakukan oleh Mustapa dan berharap mungkin ada hikmah di sebalik dugaan berkenaan.

“Apa pun kita hormatilah keputusan yang beliau telah lakukan, mungkin ada hikmah di sebalik dugaan ini.

“Saya menyeru kepada semua ahli Umno terutamanya  Puteri Umno seluruh Malaysia agar kuatkan semangat, kukuhkan pendirian, rapatkan saf, dan sama-sama kita teruskan perjuangan ini walau susah mahupun senang.

“Semoga kita terus diberi kekuatan dan perjuangan dirahmati ALLAH sentiasa,” ujarnya.

Berita - Sinar Harian

Meeting Exco Puteri Malaysia Bil 03/18 (55 Gambar)



"Puteri UMNO akan terus mara !!"

Alhamdulillah selesai Meeting Exco Puteri UMNO Malaysia Bil 03/2018. Perbincangan tentang PAU pada 29 & 30 September nanti antara agenda penting malam ini.

Selain itu majlis pelantikan dan angkat sumpah Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia dan Exco lantikan juga berlangsung sebentar tadi.

Terima Kasih SUA Tan Sri Annuar Musa luangkan masa beri pandangan dan kata kata semangat kepada kami semua.


Tahniah kepada sahabat yang baru dilantik ke barisan kepimpinan Puteri, berjuanglah dengan gigih dan penuh keikhlasan. Terima Kasih atas komitmen semua. Love u all ! 😘
#PuteriUMNO
#PuteriBangkit