Wednesday 31 October 2018

Puteri UMNO Bantah, ICERD Bakal Undang Ketegangan



KUALA LUMPUR - Negara mungkin berdepan dengan ketegangan sekiranya kerajaan menerima ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan, ratifikasi ICERD itu dilihat tidak mendatangkan sebarang kebaikan buat negara.

“Jika ratifikasi ini diteruskan dan diiktiraf kerajaan, saya bimbang ia akan mengundang ketegangan dan lebih keburukan berbanding kebaikan.

“Ini adalah antara usaha halus pihak tertentu untuk mengganggu gugat keharmonian yang telah lama menjadi kekuatan negara kita,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Zahida berkata, Puteri Umno membantah keras ratifikasi ICERD ini kerana ia bertentangan dengan semangat Perlembagaan.

“Kami mendesak agar kerajaan lebih tegas dan tidak tunduk kepada kumpulan yang berniat jahat,” katanya.

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy mengesahkan Kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk melaksanakan ICERD pada suku pertama tahun depan.

Beliau menegaskan, ratifikasi berkenaan tidak akan memberi kesan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang merupakan menteri yang bertanggungjawab mengenai perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial itu berkata, langkah ke arah ratifikasi ICERD dengan tujuan menjadikan rekod hak asasi manusia negara dihormati dunia, adalah selaras dengan manifesto kerajaan PH.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan berbincang dengan semua pemegang taruh bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai usaha meratifikasi ICERD.

- Sinar Harian -
--------



Pergerakan Puteri UMNO membantah keras ratifikasi #ICERD ini kerana ia bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Jika ratifikasi ini diteruskan dan diiktiraf oleh kerajaan, saya bimbang ia akan mengundang ketegangan dan lebih keburukan berbanding kebaikan.

Ini adalah antara usaha halus pihak tertentu untuk mengganggu gugat keharmonian yang telah lama menjadi kekuatan negara kita.

Kami mendesak agar kerajaan lebih tegas dan tidak tunduk kepada kumpulan yang berniat jahat.

#TolakICERD

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
31 Oktober 2018
----------
Penjelasan tentang ICERD

No comments:

Post a Comment