Saturday 22 December 2018

TIDAK WAJAR 'GANGGU' SUBJEK AGAMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN




"Kurikulum di sekolah perlu memberi penekanan untuk menguasai mata pelajaran yang boleh menghasilkan graduan yang berkualiti dan tidak memberi tumpuan semata-mata kepada mata pelajaran agama" antara yang disebut oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam satu program seperti dilapor media.

Saya tidak faham kenapa beliau berkata begitu seolah olah mahu mengubah pula sistem pembelajaran sedia ada.

Bukan kearah kebaikan, tapi pada saya ke arah lebih negatif, apabila kurikulum subjek Agama mahu dikurangkan.

Saya juga hairan dengan cara pentadbiran kerajaan PH kerana terlalu banyak menyentuh dan mahu mengubah bab bab berkait Agama dan Bangsa Melayu walau baru 7 bulan memerintah, adakah ini baik untuk Malaysia Baharu?

Cadangan atau keputusan ia tetap sesuatu yang amat tidak wajar, kerana pada saya kehidupan ini perlu seimbang antara duniawi dan ukhrawi.

Manusia yang lengkap adalah manusia baik peribadi, berakhlak mulia dan faham agama yang mengawal emosi kita, sementara ilmu sains dan siasah adalah untuk membentuk hala tuju hidup nya.

Pembelajaran agama juga yang akan membentuk akhlak murid murid agar tidak mudah terpengaruh dengan gelaja sosial, lebih lebih lagi di zaman IT tanpa sempadan hari ini.

Justeru itu saya mahu mengingatkan Kerajaan PH dibawah Tun Dr Mahathir agar lebih berhati hati, jangan sewenang wenangnya mengubah kurikulum atau sistem pendidikan sedia ada, fokus bela rakyat dan tunaikan janji janji manifesto PRU14 lalu.

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
22 Disember 2018

Thursday 13 December 2018

APA YANG BERLAKU DI SABAH MENYEDIHKAN KAMI



SITUASI DI SABAH

Berita tentang pemimpin tertinggi UMNO Sabah terdiri daripada Ketua Bahagian, barisan kepimpinannya, ADUN dan Ahli Parlimen keluar parti beramai-ramai amat menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila ramai kawan-kawan seperjuangan turut keluar bersama-sama mereka.

Inilah cabaran serta dugaan yang terpaksa kita hadapi selaku parti yang kalah dan hilang kuasa.

Mungkin pada mereka tindakan keluar dari perjuangan parti adalah keputusan terbaik, dan kita harus berlapang dada hormati keputusan penghijrahan beramai ramai di Sabah.

Pemimpin datang dan pergi, UMNO Sabah melalui kepimpinan baru, dan akar umbi harus teruskan perjuangan membela rakyat.

Sejarah telah membuktikan UMNO telah banyak berjasa dan berjaya membawa perubahan sejak mula bertapak pada 1991.

Saya juga berharap dan memohon kepada rakan rakan yang masih bersetia dalam perjuangan agar bertenang, kuatkan semangat, dan sama sama kita terus kukuhkan 'rumah UMNO' yang kita sayangi ini..

Kami di semenanjung sentiasa mendoakan yang terbaik buat rakan rakan di Sabah, apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, kita ambil ia sebagai satu motivasi untuk lakukan yang lebih baik kepada rakyat.

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
13 Disember 2018

Tuesday 27 November 2018

RUSUHAN DI KUIL,MANA MENTERI PERPADUAN?



1.Kami memantau dekat isu pertembungan antara masyarakat India pertahankan Kuil dan pihak pemaju yang menggemparkan negara satu dua hari ini.

2.Keadaan menjadi lebih tegang selepas Menteri 'Perpecahan' mengeluarkan kenyataan menyalahkan pihak PDRM menjadi punca rusuhan tidak terkawal.

3.Api yang marak seperti disimbah petrol apabila seorang lagi pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan 'tersalah tatabahasa' menuding jari kepada orang Islam.

4.Kesannya keharmonian kaum dan ketenteraman awam yang dipelihara oleh kerajaan sebelum ini hampir musnah hanya dalam 6 bulan PH memerintah.

Image may contain: text

5.Orang tak bersalah seperti anggota Bomba bertugas cedera parah hingga dimasukkan ke ICU selepas diserang.

Image may contain: 2 people, text

6.Seorang wanita Muda bernama (Facebook) Yuna Yuna turut jadi mangsa keganasan dan kenderaannya dirosakkan.

7.Jadi persoalan saya, apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu ini sebelum ia menjadi lebih parah?

8.Apakah tindakan Perdana Menteri terhadap Menteri yang menjadi punca kepada perpecahan rakyat Malaysia?

9.Justeru itu kami Puteri UMNO Malaysia desak pihak kerajaan ambil serius dan selesaikan isu ini segera.

10.Kami rindukan keamanan dan keharmonian kaum seperti sebelum ini. Mohon semua bertenang,patuh kepada undang undang dan arahan pihak berkuasa

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Friday 23 November 2018

191 PUTERI UMNO BAHAGIAN BUAT LAPORAN POLIS, WAYTHA MOORTHY MESTI DISIASAT !




KUALA LUMPUR - Puteri Umno menggesa agar pihak polis melakukan siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy di bawah akta hasutan.

Ketuanya, Zahida Zarikh Khan berkata, semua 191 Bahagian Umno seluruh negara sedang buat laporan polis terhadap kebiadaban Waytha Moorthy berhubung video dan kenyataan berkaitan di dewan rakyat baru baru ini.

“Sikap biadab, tidak sensitif dan mengguris hati orang orang Islam Melayu, Waytha Moorthy tidak layak memegang jawatan Menteri, dia mesti letak jawatan atau dipecat.

“Mohon pihak polis lakukan siasatan terhadap beliau di bawah akta hasutan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

- SINAR HARIAN -

Friday 16 November 2018

Puteri Umno akan ‘all out’ untuk menangkan Tok Mat



KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang membatalkan kemenangan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan pada PRU14 bagi kerusi Dun Rantau sudah dijangka.

Disebabkan itu menurut Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan, sayap parti itu akan bersiap siaga bagi memastikan Mohamad Dun Rantau kekal menjadi milik Mohammad dalam PRK nanti.

“Jadi jentera pergerakan Puteri Umno sudah cukup siap siaga untuk berhadapan dengan satu lagi PRK Dun Rantau.

“Seperti kebiasaan, kami akan berkampung di sana dan 'all out' menyusun strategi bantu parti bagi memenangkan calon kita Tok Mat Hassan,” katanya hari ini.

Kemenangan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu terbatal selepas Hakim, Datuk Azimah Omar membuat keputusan berdasarkan hujahan daripada peguam pempetisyen, Dr S Streram dan responden Mohamad dalam perbicaraan yang berlangsung selama 12 hari melibatkan 19 saksi perbicaraan.

Sehubungan itu katanya, mahkamah memerintahkan satu pilihanraya kecil untuk kawasan Dun Rantau diadakan serta merta.

Streram telah memfailkan petisyen pada 23 Mei lalu bagi memohon supaya mahkamah membatalkan keputusan SPR yang memutuskan Mohamad menang tanpa bertanding pada PRU14, 9 Mei lalu.

- SINAR HARIAN - 

Thursday 8 November 2018

JELAJAH UKHWAH EXCO PUTERI UMNO MALAYSIA - MELAKA [ 13 OKTOBER 2018 ]


Jelajah Ukhwah Exco Puteri UMNO Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan

Tarikh: 13 OKTOBER 2018
Lokasi: Masjid Tanah, Melaka