Friday 10 May 2019

Jatuh,tersungkur, kita bangun, kita bangkit, Menang PRU 15



Bismillah hirrahman nirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

11 Mei ini genapkah 73 tahun usia UMNO parti keramat, parti terbesar orang Melayu..

Sudah 7 dekad parti ini berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta..

Sudah 7 dekad juga parti yang kita kasihi ini jadi wadah perjuangan orang-orang Melayu sejak ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dahulu.

Di-era zaman serba moden ini jangan pernah kita lupa pada sejarah bahawa parti ini lah yang berperanan menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union dan penentangan para pejuang terdahulu membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan..

Amat besar jasa UMNO untuk negara..

Sejarah juga telah membuktikan UMNO berjaya menjadi parti dominan di dalam pentadbiran kerajaan termasuk ketika 22 tahun pentadbiran Perdana Menteri sekarang..

UMNO berjaya mengekalkan keamanan,keharmonian negara dan menjadi parti yang kuat mempertahankan sistem Raja Berpelembagaan selama pemerintahan Barisan Nasional..

9 Mei 2018 menjadi detik hitam kepada kita semua apabila Barisan Nasional tumbang dalam Pilihanraya ke 14..

Namun ia bukanlah pengakhir kepada perjuangan kita semua.. UMNO tetap kukuh dan utuh.. Kekuatan parti ini terletak pada akarnya iaitu lebih 3 juta ahli seluruh negara..

Yang tetap bersetia menjadi pejuang parti sejati penuh keikhlasan..

Kebangkitan demi kebangkitan membuatkan kita menjadi lebih kuat..

Jatuh,tersungkur, kita bangun, kita bangkit semula dan terus berjuang!

Ia dapat dibuktikan apabila kita menang dalam 3 PRK berturut turut di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Jika tahun sudah jadi tahun kesedihan, tapi tahun ini kita jadikan tahun kebangkitan untuk kita bangkit teruskan perjuangan parti keramat ini.

Kebangkitan ini lah yang akan membakar semangat untuk kita terus memenangai hati rakyat dalam misi capai kemengangan dalam PRU akan datang.

Akhir kata..Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, sama-sama lah kita buang yang keruh ambil yang jernih, rapatkan ukhwah sesama kita, tanamkan azam, kukuhkan tekad, InshaAllah kejayaan menanti.

Selamat Menyambut Ulangtahun UMNO yang ke 73..

No comments:

Post a Comment