Friday 10 May 2019

SATU TAHUN KERAJAAN PH, APA DAH JADI?



Selepas genap 1 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, tiada satu pun kebaikan yang diperoleh rakyat melainkan kasut Putih tukar hitam.

Janji-janji yang ditabur sebelum PRU14 bertukar menjadi harapan Palsu, setiap hari rakyat ditipu.

Bila GST di hapuskan, pemimpin PH kata "Dengan SST harga barang akan lebih murah" ingat lagi pemimpin DAP mana yang sebut? Adakah harga barang kini sudah murah? Atau hanya telur ayam yang turun 2sen?

Lebih 80% pengundi muda terpesona dengan janji memilih PH pada PRU14 pula ditipu hidup-hidup dengan janji hapuskan hutang PTPTN.

Segala bentuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan BN dahulu dihentikan dan dikurangkan. Mana bantuan kepada nelayan? Mana Bantuan untuk petani, pekebun dan penoreh getah ketika musim tengkujuh? Mana bantuan untuk anak muda?

Pelbagai isu-isu bukan sahaja menyusahkan rakyat tetapi banyak isu-isu sensitif dibangkitkan mengakibatkan keresahan terutamanya orang-orang Islam dan Melayu di negara kita.

Antaranya kes kematian Adib yang tidak terbela, isu Ratifikasi ICERD, cubaan sertai Statut Rome tanpa merujuk kepada Raja-Raja Melayu dan terkini pergeseran dengan Istana Johor.

Satu demi satu aset-aset dan syarikat milik kerajaan dijual antaranya Saham IHH Berhad yang mempunyai 14 buah Hospital di Malaysia, 4 di Singapura, 21 di Turki dan 9 di India dan Celcom bukan lagi syarikat milik Malaysia apabila Axiata Khazanah Nasional dijual kepada Telenor Syarikat Norway. Kini Axiata hanya memiliki 43.5% saham berbanding Telenor sebanyak 56.5%.

Bertambah malang lagi apabila dilaporkan lebih 500,000 orang hilang pekerjaan termasuk penjawat awam yang diberhentikan tak lama selepas PH mentadbir Putrajaya. Mana 1 juta peluang pekerjaan yang dijanjikan?

Banyak lagi isu-isu menyakitkan hati rakyat termasuk kenyataan Menteri Menteri PH yang tidak masuk akal dan melucukan sebagai contoh saranan minum Minyak Sawit Sesudu sehari.

Kesimpulannya tiada apa yang boleh dibanggakan oleh Kerajaan Hari ini selain daripada menyalahkan kerajaan terdahulu untuk mengalih perhatian rakyat tentang kegagalan mereka.

Saya bagi Gred E kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang GAGAL.

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

1 comment:

  1. Saya ada satu idea untuk menjanakan ekonomi malaysia

    ReplyDelete