Thursday 18 October 2018

AMLA JADI SENJATA BARU TEKAN MUSUH POLITIK


BANGKITLAH PUTERI! BANGKITLAH PEJUANG UMNO SEJATI! BERSAMA-SAMA KITA BERSOLIDARITI!

1. Presiden UMNO Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil lagi ke SPRM buat kali ke 6 hari ini (Khamis) dan kemungkinan besar akan didakwa di Mahkamah pada Jumaat.

2. Ini adalah tindakan terdesak kerajaan Pakatan Harapan untuk mengalih pandangan dan kemarahan rakyat terhadap siri penipuan janji-janji manifesto yang GAGAL ditunaikan.

3. Tidak cukup dengan menzalimi rakyat, kerajaan hari ini menyalahgunakan AMLA untuk beri tekanan kepada seorang demi seorang musuh politik mereka termasuk Presiden UMNO yang juga ketua pembangkang di dewan rakyat.

4. Adakah prinsip 'Rule of Law' yang dilaung benar benar diamalkan untuk memberi keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia? Atau akan berterusan dengan pendakwaan terpilih dan politik dendam?

5. Kami Pergerakan Puteri UMNO terus berdiri teguh dibelakang Presiden dan akan tetap bersama beliau walau berhadapan situasi sukar ditekan sang pemerintah zalim.

6. Justeru itu, saya menyeru kepada semua ahli Pergerakan Puteri UMNO untuk turun beramai-ramai bersama saya ke Mahkamah Jln Duta,KL  pada 19 Okt 2018 (Jumaat) jam 7.30 pagi,  dengan (BERPAKAIAN WARNA MERAH!).

7. BANGKIT Puteri! BANGKIT Para pejuang UMNO! Kita berSOLIDARITI, tunjukkan sokongan yang padu kepada Presiden Parti.

8. Kami mendoakan agar Dato' Seri Presiden terus tabah hadapi dugaan serta cabaran dalam memperjuangkan Agama Bangsa dan Tanah Air.

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
(18 Oktober 2018 - 8:00am)

No comments:

Post a Comment