Monday, 29 October 2018

PEMIMPIN PPBM CUBA LEMAHKAN SEMANGAT JUANG AHLI UMNO




RESPON KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA TERHADAP KENYATAAN YB RINA HARUN


1. UMNO tidak pernah lari daripada perjuangkan Agama,Bangsa Tanah Air dalam masa yang sama tidak menafikan hak kaum-kaum lain.

2. Yang lari dari perjuangan adalah beberapa pemimpin dahulunya membina sokongan melalui UMNO kini bersama parti lain termasuk dalam kerajaan hari ini.

3. Kenyataan ini sekadar mahu melemahkan semangat pejuang UMNO di akar umbi bagi menghalalkan usaha PPBM 'mencuri' lebih ramai Ahli Parlimen kami.

4. Adakah PPBM cukup kuat untuk menggantikan UMNO? Adakah PPBM mampu perjuangkan orang Islam dan Melayu?

5. Kenyataan rakan 'separti' Yb Rina sendiri iaitu Syed Saddiq baru-baru ini jelas membuktikan PPBM bukanlah parti yang mampu perjuangkan Agama dan Bangsa.

6. Yb Rina mungkin perlu bertanya kepada Syed Saddiq apakah niat beliau menyatakan 'Sudah Tiada lagi Ketuanan Melayu di negara ini' ?

7. Tak heran jika kenyataan itu keluar daripada pemimpin DAP kerana semua tahu hala tuju perjuangan mereka.

8. Malang bagi orang-orang Melayu apabila kenyataan itu keluar daripada mulut pemimpin yang kononnya memperjuangkan nasib pribumi di negara ini.

ZAHIDA ZARIK KHAN
(Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia)
29 OKTOBER 2018

No comments:

Post a comment