Monday 4 March 2019

Kerjasama UMNO dan PAS adalah kemahuan rakyat



Kerjasama UMNO dan PAS adalah amat diperlukan dalam situasi politik semasa negara sekarang.

Ia bukan sahaja menguntungkan dua parti politik orang Islam Melayu terbesar negara ia juga akan menguntungkan seluruh rakyat Malaysia.

Kita pernah bersama-sama pada 1969 kemudian berpisah, ibarat pasangan bercerai yang rujuk kembali, demi anak-anak dan masa depan.

Kali ini inshaAllah UMNO dan PAS akan bersatu kembali demi Agama, demi orang-orang Melayu dan keharmonian negara.

Segala perbalahan sengketa lama dilupakan, tutup buku lama kita buku baru, kita berpakat elok-elok, sengekta yang merugikan rakyat tidak patut berpanjangan, demi agenda yang lebih besar seperti kata peribahasa biduk lalu kiambang bertaut.

Penyatuan ini amat dinanti oleh majoriti rakyat Malaysia selepas melihat kerajaan Pakatan Harapan hari ini gagal menjalankan amanah dan gagal mengekalkan keharmonian apabila pelbagai isu-isu sensitif dibangkitkan.

Dalam masa yang sama penyatuan ini tidak akan mengubah dasar perjuangan kedua dua parti dan pastinya tidak akan menggugat kepentingan kaum-kaum lain seperti yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan..

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia - 4 Mac 2019

1 comment: