Monday 3 March 2014

Puteri UMNO tidak gentar berhadapan Jentera Lawan di #PRKKajang

ZAHIDA ZARIK KHAN - PUTERI UMNO
(Gambar Ketika Kempen PRK Sungai Limau)

ALOR GAJAH 2 Mac - Pergerakan Puteri UMNO bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan dalam membantu calon Barisan Nasional (BN) bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak lama lagi.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, semua petugas jentera Puteri UMNO di kawasan tersebut kini telah bersedia di segi mental dan fizikal bagi menghadapi PRK tersebut.

Menurutnya, PRK di DUN Kajang mungkin berbeza daripada tempat lain kerana bakal ditandingi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku disebabkan suasana pertandingan yang dijangka 'panas.'

"Namun begitu, Puteri UMNO tidak perlu takut kepada sebarang kemungkinan kerana peruntukan undang-undang di Malaysia sentiasa melindungi mereka.

"Semua jentera Puteri UMNO di kawasan tersebut juga sentiasa memahami serta sedar tentang sebarang kemungkinan yang bakal berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Tilawah al-Quran peringkat Parlimen Masjid Tanah di Masjid Tanjung Bidara, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar dan pengerusi program, Mohammad Abu Hassan.

Mengulas mengenai peluang BN, beliau berkata, calon yang diletakkan Barisan Nasional (BN) iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun diyakini mampu untuk menentang Anwar.

"Berdasarkan kredibiliti dan personaliti yang dimiliki Mei Fun, saya yakin BN mampu menang sekali gus memberi cabaran kepada Anwar," katanya.

Tambah Mas Ermieyati, pihaknya turut meletakkan sasaran untuk memenangi hati 7,786 pengundi muda di bawah usia 40 tahun dalam usaha membantu dan menyokong calon BN.

Artikel Penuh: Utusan

No comments:

Post a Comment