Thursday 13 December 2018

APA YANG BERLAKU DI SABAH MENYEDIHKAN KAMI



SITUASI DI SABAH

Berita tentang pemimpin tertinggi UMNO Sabah terdiri daripada Ketua Bahagian, barisan kepimpinannya, ADUN dan Ahli Parlimen keluar parti beramai-ramai amat menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila ramai kawan-kawan seperjuangan turut keluar bersama-sama mereka.

Inilah cabaran serta dugaan yang terpaksa kita hadapi selaku parti yang kalah dan hilang kuasa.

Mungkin pada mereka tindakan keluar dari perjuangan parti adalah keputusan terbaik, dan kita harus berlapang dada hormati keputusan penghijrahan beramai ramai di Sabah.

Pemimpin datang dan pergi, UMNO Sabah melalui kepimpinan baru, dan akar umbi harus teruskan perjuangan membela rakyat.

Sejarah telah membuktikan UMNO telah banyak berjasa dan berjaya membawa perubahan sejak mula bertapak pada 1991.

Saya juga berharap dan memohon kepada rakan rakan yang masih bersetia dalam perjuangan agar bertenang, kuatkan semangat, dan sama sama kita terus kukuhkan 'rumah UMNO' yang kita sayangi ini..

Kami di semenanjung sentiasa mendoakan yang terbaik buat rakan rakan di Sabah, apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, kita ambil ia sebagai satu motivasi untuk lakukan yang lebih baik kepada rakyat.

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
13 Disember 2018

No comments:

Post a Comment