Tuesday 18 September 2018

TINDAKAN TOK PA MENGECEWAKAN KAMI



KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohammed atau Tok Pa meninggalkan Umno selepas  40 tahun mengejutkan dan mengecewakan sayap parti Melayu itu.

Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, beliau tidak menyangka, terkejut dan kecewa sejurus mendapat tahu keputusan peletakan jawatan Mustapa sebagai ahli Umno.

“Ketika kita diuji dengan kekalahan teruk pada PRU 14 lalu, kami mengharapkan agar pemimpin-pemimpin lama terus bersama dalam perjuangan.

“Pemergian pemimpin lama yang sudah 40 tahun dalam parti keramat ini sudah pastinya akan memberikan motivasi tidak baik kepada ahli-ahli di bawah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Zahida bagaimanapun, menghormati keputusan yang dilakukan oleh Mustapa dan berharap mungkin ada hikmah di sebalik dugaan berkenaan.

“Apa pun kita hormatilah keputusan yang beliau telah lakukan, mungkin ada hikmah di sebalik dugaan ini.

“Saya menyeru kepada semua ahli Umno terutamanya  Puteri Umno seluruh Malaysia agar kuatkan semangat, kukuhkan pendirian, rapatkan saf, dan sama-sama kita teruskan perjuangan ini walau susah mahupun senang.

“Semoga kita terus diberi kekuatan dan perjuangan dirahmati ALLAH sentiasa,” ujarnya.

Berita - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment