Saturday 1 March 2014

Program 'Back To School' Puteri Pandan - 15 DIS 2013

ZAHIDA ZARIK KHAN

Kira-kira 200 pelajar sekolah menerima kelengkapan persekolahan dalam program ' Kembali Ke Sekolah ' anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pandan pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pandan, di sini.

Kesemua pelajar berkenaan terdiri daripada anak-anak yatim dan keluarga kurang berkemampuan yang dikenal pasti oleh setiap Ketua Pergerakan Puteri Cawangan di bahagian Parlimen Pandan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan berkata, program itu bertujuan memberi semangat dan menceriakan kanak-kanak terbabit sebelum memulakan sesi persekolahan 2014.

Katanya, antara barangan yang diberikan adalah persalinan lengkap pakaian seragam sekolah dan alat tulis termasuk beg sekolah .

“Kami mahu semua mereka termasuk ibu bapa berasa gembira dan teruja bagi memulakan sesi persekolahan.

“Bantuan ini juga diharap dapat menaikkan semangat pelajar untuk terus tekun dan fokus dalam pendidikan, seterusnya mengejar impian masing-masing," katanya.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pandan, Datuk Hanif Koslan dan Ketua Wanita UMNO Pandan,Norsimah Hasim dan Pemudanya, Faizal Sufar.

Zahida yang Ketua Puteri Pandan berkata, sumbangan itu diharap dapat meningkatkan lagi minat dan motivasi murid bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran kerana pendidikan amat penting untuk membantu mengubah masa depan seseorang.

“Sepanjang empat tahun lalu, Puteri Pandan amat prihatin dan membantu golongan yang memerlukan memandangkan masih terdapat penduduk miskin tegar di Parlimen Pandan.

“Bagi murid yang kurang berkemampuan, kemiskinan dan kekurangan keluarga bukan halangan untuk mencapai kejayaan pada masa depan kerana semua pihak sentiasa memberi sokongan kepada mereka.
“Sumbangan pihak korporat atau pertubuhan merupakan jalinan kerjasama yang baik bagi memastikan golongan yang memerlukan mendapat perhatian agar mereka tidak merasa terpinggir," katanya.

Artikel Penuh: Utusan

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN

ZAHIDA ZARIK KHAN



No comments:

Post a Comment